Soalan Lazim

Bayaran Balik

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Akibat Bencana Banjir

PTPTN menyediakan kemudahan penangguhan bayaran balik kepada peminjam yang menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman kerana terkesan bencana banjir.

Tidak. Peminjam yang layak perlu membuat permohonan dan pengesahan kendiri (self-declaration) secara dalam talian melalui Portal Rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my/PenangguhanBayaranBalikBanjir atau hadir ke mana-mana Cawangan PTPTN yang berhampiran.

Peminjam yang layak memohon adalah peminjam yang terjejas akibat bencana banjir dan mereka adalah peminjam yang bermastautin dalam negara sahaja.
Permohonan penangguhan bayaran balik akibat bencana banjir boleh dilakukan mulai 28 Disember 2021 hingga 31 Mac 2022 . Peminjam hanya dibenarkan menghantar permohonan sekali sahaja.

Tempoh penangguhan adalah selama 3 bulan bermula pada bulan kelulusan penangguhan kecuali peminjam yang terlibat dengan potongan gaji (sila rujuk soalan nombor 6 bagi pelaksanaan penangguhan kepada peminjam yang membayar balik melalui potongan gaji).

Ringkasan seperti jadual di bawah:

Bulan KelulusanTempoh Penangguhan
Disember 2021Disember 2021 hingga Februari 2022
Januari 2022Januari hingga Mac 2022
Februari 2022Februari hingga April 2022
Mac 2022Mac hingga Mei 2022

Tempoh penangguhan bagi peminjam yang terlibat dengan potongan gaji adalah selama 3 bulan bermula pada bulan berikutnya selepas bulan kelulusan penangguhan memandangkan data potongan gaji untuk bulan semasa telah diuruskan lebih awal sebelum permohonan penangguhan dibuat oleh peminjam. Ringkasan seperti jadual di bawah:

Tarikh MemohonBulan KelulusanTempoh Penangguhan
28 hingga 31 Disember 2021Januari 2022Januari hingga Mac 2022
1 hingga 31 Januari 2022Januari 2022Februari hingga April 2022
1 hingga 28 Februari 2022Februari 2022Mac hingga Mei 2022
1 hingga 31 Mac 2022Mac 2022April hingga Jun 2022

Arahan pembatalan potongan gaji bagi bulan yang diluluskan penangguhan akan dikeluarkan kepada majikan terlibat. Dengan pelaksanaan tempoh penangguhan dianjakkan satu bulan ke hadapan, potongan gaji sepatutnya tidak akan berlaku kerana data potongan gaji masih belum dihantar kepada majikan. Walau bagaimanapun, perkara ini tertakluk kepada tindakan lanjut di pihak majikan. Sekiranya majikan masih meneruskan potongan gaji, bayaran balik yang diterima tidak akan dipulangkan (refund).

Peminjam dikehendaki mengisi maklumat perhubungan, maklumat pekerjaan serta membuat perakuan kebenaran ke atas semua maklumat yang diberikan.

PTPTN akan memaklumkan status permohonan melalui e-mel yang dikemas kini semasa membuat permohonan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas permohonan peminjam diterima.

Rekod CCRIS adalah kekal seperti sebelum penangguhan diluluskan. Walau bagaimanapun, sekiranya peminjam membuat pembayaran balik, rekod akan dikemas kini berdasarkan bayaran yang dibuat.

Ya. Kos pentadbiran/ ujrah dikenakan sepanjang penangguhan bayaran balik ini sepertimana penangguhan sedia ada.

Tidak. Pertukaran ujrah tidak akan diluluskan kepada peminjam yang telah diberikan penangguhan. Walau bagaimanapun, peminjam boleh mengemukakan permohonan pertukaran ujrah selepas tempoh penangguhan peminjam tamat.

Contoh :Peminjam diluluskan penangguhan mulai Januari hingga Mac 2022. Peminjam tidak dibenarkan membuat pertukaran ujrah dalam tempoh penangguhan (Januari hingga Mac 2022) dan hanya boleh mengemukakan permohonan pertukaran ujrah mulai bulan April 2022 iaitu selepas tempoh penangguhan peminjam tamat pada bulan Mac 2022.

Boleh tetapi penangguhan yang telah diluluskan akan dibatalkan. Peminjam tidak layak menangguhkan bayaran balik dan hendaklah meneruskan bayaran sama ada melalui Potongan Gaji/ Debit Terus (Direct Debit).

Contoh :Peminjam diluluskan penangguhan mulai Mac hingga Mei 2022. Sekiranya diluluskan penstrukturan semula/ penjadualan semula dan penggabungan pada April 2022, kelulusan penangguhan Mac hingga Mei 2022 dibatalkan.

Boleh. Peminjam boleh membuat bayaran balik melalui mana-mana saluran bayaran balik yang disediakan.

Tempoh penangguhan akan diluluskan selama 3 bulan mulai Mac hingga Mei 2022. Bayaran balik yang diterima pada 1 Mac 2022 tidak akan dipulangkan (refund).

Peminjam yang membuat Arahan Tetap (Standing Instruction) dikehendaki membuat pembatalan dengan pihak bank. Bayaran balik yang diterima tidak akan dipulangkan (refund).

Tidak layak. Penangguhan bayaran balik akibat bencana banjir hanya diberikan kepada peminjam PTPTN sahaja. Bagi situasi begini, peminjam dikehendaki berunding dengan PTPTN untuk penstrukturan semula pinjaman.

Insentif Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Anak Sarawak

Insentif yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Sarawak adalah dalam bentuk pengurangan sebanyak 30% ke atas baki pinjaman PTPTN peminjam dalam kalangan anak-anak Sarawak.

Peminjam yang layak adalah seperti berikut:

  1. Peminjam merupakan anak Sarawak (Sarawakian) iaitu sama ada salah seorang ibu atau bapa kelahiran negeri Sarawak;
  2. Peminjam telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 30% daripada baki hutang pinjaman; dan
  3. Peminjam telah menamatkan pengajian dengan jayanya (tidak termasuk gagal/ berhenti pengajian).

Peminjam yang telah menyelesaikan keseluruhan pinjaman adalah tidak layak mendapat insentif ini.

Kelayakan pengurangan sebanyak 30% ditentukan daripada jumlah bayaran balik yang telah dijelaskan oleh peminjam hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada hutang PTPTN.
Contoh pengiraan:

BilPerkaraJumlah (RM)
1.Jumlah keseluruhan pinjaman dikeluarkan15,000
2.Bayaran balik oleh pelajar telah mencapai sekurang-kurangnya 30% daripada jumlah keseluruhan hutang(5,000)
3.Baki pinjaman10,000
4.Insentif sebanyak 30% daripada Kerajaan Negeri Sarawak(3,000)
5.Baki pinjaman yang perlu dibayar oleh peminjam7,000

Peminjam tidak perlu mengemukakan sebarang permohonan. PTPTN akan mengemukakan senarai peminjam yang layak kepada Kerajaan Negeri.

Insentif ini akan dilaksanakan secara berterusan sehingga dimaklumkan pemberhentiannya oleh Kerajaan Negeri Sarawak.

Peminjam hanya layak menerima insentif ini sekali sahaja.

Pengecualian Bayaran Balik Pinjaman Kepada Peminjam Yang Mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama

Syarat-syarat pengecualian bayaran balik adalah seperti berikut:

  1. Mengikuti pengajian Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa;
  2. Memperolehi Ijazah Sarjana Muda dengan Kepujian Kelas Pertama oleh IPT;
  3. Menamatkan pengajian dalam tempoh yang telah ditetapkan mengikut dokumen tawaran pinjaman PTPTN;
  4. Pinjaman pendidikan PTPTN tidak bertindih dengan sebarang penajaan lain;
  5. Kursus/ program yang diikuti oleh peminjam di Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) hendaklah mendapat Sijil Perakuan Akreditasi Penuh daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dalam tempoh pinjaman dikeluarkan;
  6. Mengemukakan permohonan di dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen; dan
  7. Dikategorikan daripada keluarga B40 dan M40 berdasarkan maklumat pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik (terpakai kepada peminjam yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2019).

Dalam konteks PTPTN, pendapatan isi rumah merujuk kepada pendapatan kasar ketika memohon pengecualian bayaran balik mengikut kategori di bawah:-

  1. Sekiranya masih bujang: Pendapatan isi rumah peminjam, ibu dan bapa (atau penjaga);
  2. Sekiranya telah berkahwin: Pendapatan isi rumah peminjam dan pasangan.

Maklumat julat pendapatan B40 dan M40 adalah berdasarkan House Income and Expenditure Survey (HIES) yang terkini yang diterbitkan oleh Jabatan Perangkaan. Mulai 10 Julai 2020, maklumat julat pendapatan B40 dan M40 adalah seperti jadual di bawah:-

Kategori
Julat Pendapatan

B40

Kurang daripada RM4,850

M40

M40 RM4,850 – RM10,959

Penentuan Kelas Pertama diberikan oleh senat Institut Pengajian Tinggi (IPT) masing-masing.

Peminjam perlu memohon secara online di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama) dalam tempoh 12 bulan daripada tarikh konvokesyen. Permohonan selepas daripada tempoh tersebut tidak diterima.

Peminjam dikehendaki memuat naik salinan dokumen sokongan masing-masing yang telah disahkan seperti:

BilPeminjam yang menamatkan pengajian sebelum 1 Januari 2019Peminjam yang menamatkan pengajian mulai 1 Januari 2019

1

Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol).

Salinan Ijazah Sarjana Muda Kepujian Kelas Pertama atau setaraf dengannya yang disahkan (Skrol).

2

Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.

Salinan transkrip keputusan peperiksaan yang disahkan.

3

Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).

Salinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada MQA yang disahkan (Bagi peminjam IPTS).

4

Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah).

Surat pengesahan Kelas Pertama (jika tidak dicatatkan perkataan “Kelas Pertama” pada Ijazah).

5

Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).

Surat pengesahan tamat pengajian (jika tidak dicatatkan tarikh tamat pengajian pada ijazah/ transkrip).

6

Dokumen pendapatan ketika memohon pengecualian bayaran balik mengikut kategori yang ditetapkan*.

  • Slip Gaji Terkini.

  • Surat Akuan Sumpah (pengesahan pendapatan).

  • Penyata Cukai Taksiran Terkini.

  • Penyata KWSP Terkini / Surat Pengesahan Bukan Ahli KWSP.

  • Penyata Pencen.

  • Penyata Pencen Penakat (PERKESO).

  • Sijil Kematian.

  • Sijil Cerai.

  • Surat Akuan Sumpah (Bagi Kes Tidak Dapat Dikesan).

  • Surat Akuan Sumpah (Penjaga).

*(mana-mana yang berkaitan)

*Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

Tidak layak. Hanya pinjaman peringkat Ijazah Sarjana Muda akan dikecualikan bayaran balik. Peminjam masih tertakluk untuk membayar balik pinjaman peringkat Diploma.

Salinan transkrip dan Ijazah hendaklah disahkan oleh pegawai Bahagian Akademik IPT atau bahagian yang bertanggungjawab mengeluarkan transkrip/ skrol mengikut cawangan IPT peminjam. Cop pengesahan hendaklah mengandungi Nama Pegawai, Jawatan dan Nama Jabatan.

Tidak boleh. Pengesahan dokumen hanya boleh dilakukan di Bahagian Akademik IPT atau bahagian yang mengeluarkan transkrip/ skrol mengikut cawangan IPT peminjam mengikuti pengajian sahaja. Dalam kes ini, peminjam perlu mendapatkan pengesahan daripada Bahagian Akademik UPM.

Boleh. Pertimbangan pengecualian bayaran balik akan diberikan ke atas jumlah pinjaman yang tidak bertindih dengan penaja lain. Penjadualan semula akan dilakukan dan peminjam boleh membuat bayaran ansuran mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB).

Layak. Pertimbangan pengecualian bayaran balik boleh diberikan ke atas jumlah pinjaman yang diterima dalam tempoh pengajian sahaja. Bagi pinjaman yang diterima selepas tamat pengajian, jumlah tersebut perlu dibayar balik kepada PTPTN.

Peminjam tidak mendapat pengecualian bayaran balik ke atas keseluruhan jumlah pinjaman yang diterima sekiranya:

  1. Menerima pinjaman selepas tamat pengajian;
  2. Bertindih tajaan; dan
  3. Mempunyai hutang Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) yang masih belum diselesaikan.

Penjadualan semula pinjaman ke atas jumlah pinjaman yang tidak layak dikecualikan akan diberikan dan peminjam adalah tertakluk untuk membuat bayaran balik secara konsisten mengikut ansuran bulanan dan tempoh bayaran balik yang baharu.

Surat tawaran penjadualan semula pinjaman akan dikeluarkan kepada peminjam dalam tempoh sebulan selepas pertimbangan diberikan.

Peminjam dikehendaki membuat penyelesaian penuh sekiranya tidak mahu membuat bayaran balik secara ansuran bulanan.

Status permohonan boleh diketahui dalam tempoh 60 hari daripada tarikh permohonan melalui 2 kaedah dibawah:

  1. Semak di Portal PTPTN (https://www.ptptn.gov.my/kelaspertamaonline/Utama*Hubungi Careline PTPTN (03-2193 3000) untuk mendapatkan No. Pinjaman.
  2. Surat akan dihantar ke alamat surat menyurat peminjam.

Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

Tidak. Peminjam bertanggungjawab untuk membuat bayaran balik mengikut tempoh yang ditetapkan tanpa perlu menunggu Notis Arahan Bayaran Balik daripada PTPTN. Tiada suatu peruntukan di dalam perjanjian yang menyebut bahawa peminjam hanya perlu membuat bayaran selepas mendapat notis daripada PTPTN.

Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan kerana bayaran balik yang dibuat sebelum tarikh mula bayar tidak dikenakan kos upah.

Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.

Tidak boleh. Bayaran balik kurang daripada jumlah ansuran bulanan akan menyebabkan berlakunya tunggakan dan boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan. Peminjam disarankan hadir berunding untuk mengurangkan ansuran bulanan dengan membuat penstrukturan semula pinjaman.

Boleh. Pembayaran melebihi jumlah ansuran membolehkan peminjam menyelesaikan pinjaman lebih awal dan dapat menikmati penjimatan kos upah kerana kos upah dikenakan sehingga tarikh penyelesaian penuh dibuat.

Kaedah-kaedah bayaran balik pinjaman pendidikan seperti di jadual:

SALURANAGENSI/ EJEN
Kaunter
  • Cawangan PTPTN di seluruh negara
  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • Pos Malaysia
  • CIMB Bank
  • Bank Simpanan Nasional
Potongan Gaji
  • Potongan gaji hendaklah melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) atau majikan

  • Bayaran balik melalui kaedah ini perlu dirujuk kepada PTPTN terlebih dahulu

  • Borang Kebenaran Potongan Gaji Bayaran Balik boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN

  • Peminjam perlu menghantar borang permohonan beserta nama dan alamat majikan kepada PTPTN

Perbankan Internet
  • Maybank
  • Bank Islam
  • Public Bank
  • RHB Bank
  • Ambank
  • Bank Rakyat
  • Pos Online
  • Agrobank
  • Affin Bank
  • CIMB
  • Bank Simpanan Nasional
Portal Rasmi PTPTN (FPX)
  • Bank Islam
  • Bank Rakyat
  • Public Bank
  • Maybank
  • Ambank
  • Hong Leong Bank
  • RHB Bank
  • United Overseas Bank (UOB)
  • Bank Muamalat
  • Affin Bank
  • Alliance Bank
  • CIMB Bank
  • Visa
  • MasterCard
  • American Express
Akaun II Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)

Terdapat dua (2) kaedah pengeluaran iaitu:

  1. Melalui Borang Permohonan Pengeluaran Pinjaman Pendidikan di Pejabat KWSP
  2. Melalui online (e-Pengeluaran)
Electronic Data Capture (EDC) TerminalPembayaran menggunakan kad kredit (Visa dan Mastercard sahaja), kad debit atau kad ATM bank-bank tempatan yang mempunyai logo MEPS di semua kaunter PTPTN di seluruh negara.
MyPay PTPTNPembayaran secara online melalui Portal Rasmi Perkhidmatan Mudah Alih Kerajaan Malaysia (www.mygovmobile.malaysia.gov.my).

Makluman:

  1. Bagi Pembayaran di Kaunter Bank & Pejabat Pos:

    • Akaun Peminjam : No. MyKad peminjam.
    • Nama Peminjam : PTPTN-PINJAMAN (No. akaun PTPTN tidak diperlukan).
    • No. Bil/ Kontrak/ Rujukan : No. rujukan surat tawaran/ no. telefon peminjam.
  2. Semakan Penyata Pinjaman

    • Kata Laluan : No. MyKad peminjam
    • No. Pin/ Kata Laluan : Nombor pinjaman peminjam (Sila hubungi PTPTN untuk mendapatkan nombor pinjaman)
    • Setiap pembayaran yang dilakukan di kaunter bank atau secara dalam talian (online) akan dikenakan caj perkhidmatan oleh pihak bank.
    • Sila simpan slip pembayaran atau cetak resit bayaran untuk rujukan./li>
    • Resit rasmi PTPTN hanya akan dikeluarkan sekiranya pembayaran dibuat di kaunter PTPTN.

Terdapat tiga (3) bayaran balik secara online iaitu:

  1. Melalui Portal Rasmi PTPTN (FPX)
  2. Melalui portal rasmi bank ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN.
  3. Melalui MypayPTPTN (www.mygovmobile.malaysia.gov.my)

Baki pinjaman pendidikan boleh disemak melalui menu e-Perkhidmatan > Bayaran Balik > Penyata Pinjaman Online di Portal Rasmi PTPTN.

Ya. PTPTN hanya akan mengeluarkan resit rasmi bagi bayaran balik yang dibuat di kaunter PTPTN. Resit rasmi tidak akan dikeluarkan untuk transaksi melalui perbankan internet, kaunter bank dan ejen pungutan bayaran balik pinjaman PTPTN. Bukti bayaran melalui perbankan internet, kaunter bank dan ejen pungutan perlu dicetak dan disimpan untuk rujukan.

Kaedah bayaran balik pinjaman pendidikan beserta dengan caj bank dan tempoh kemas kini maklumat pinjaman pendidikan adalah seperti jadual di bawah:

  1. Kaunter PTPTN dan Ejen-Ejen Pungutan:

    BilKaunter BayaranCaj Bank (RM)Tempoh Kemaskini (Hari Bekerja)
    1Kaunter PTPTN (Tunai)Tiada1 hari
    2Electronic Data Capture (EDC) TerminalTiada3 hari
    3Bank Islam1.003 hari
    4Bank Rakyat0.503 hari
    5Kaunter Pos Malaysia Berhad2.007 hari
    6CIMB Bank2.003 hari
    7Bank Simpanan Nasional (BSN)0.503 hari
  2. Perbankan Internet:

    BilKaunter BayaranCaj Bank (RM)Tempoh Kemaskini (Hari Bekerja)
    1FPX di Portal Rasmi PTPTNTiada1 hari
    2Bank Islam (www.bankislam.biz)1.003 hari
    3Ambank (www.ambankgroup.com.my)0.503 hari
    4Maybank (www.maybank2u.com.my)1.003 hari
    5MypayPTPTN melalui www.mygovmobile.malaysia.my0.503 hari
    6Bank Rakyat (www.irakyat.com.my)0.503 hari
    7Agrobank (www.agronet.com.my)0.503 hari
    8Public Bank (www.pbebank.com.my)1.003 hari
    9Affin Bank (www.affinonline.com)1.003 hari
    10RHB Bank (www.rhb.com.my)1.003 hari
    11CIMB Bank (www.cimbclicks.com.my)0.503 hari
    12Bank Simpanan Nasional (www.mybsn.com.my)0.503 hari

Nota:

  • Bayaran balik hendaklah dibuat selewat-lewatnya 27 haribulan setiap bulan untuk memastikan transaksi tersebut dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemaskini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN/ Eksekutif Pemasaran PTPTN akan dikemaskini dalam penyata pada bulan semasa.

Peminjam perlu mengisi Borang Permohonan Pengesahan Baki Pinjaman yang boleh dimuat turun di Portal Rasmi PTPTN/ kaunter PTPTN atau menghubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN. Bayaran balik selain di kaunter PTPTN hendaklah dimaklumkan kepada PTPTN untuk pengeluaran Surat Pelepasan Hutang (SPH).

Bagi kes kematian peminjam, kaedah pemulangan lebihan bayaran balik pinjaman adalah seperti berikut:

  1. Bagi jumlah lebihan bayaran balik yang kurang daripada RM3,000 – Waris hendaklah mengisi dan menandatangani Bon Tanggung Rugi Lebihan Bayaran Balik Pinjaman PTPTN serta dokumen yang berkaitan yang mengikat dari segi undang-undang; dan

  2. Bagi lebihan bayaran balik berjumlah RM3,000 dan ke atas – Waris hendaklah mengemukakan dokumen asal atau salinan dokumen berikut:

    • Geran Surat Kuasa Mentadbir/Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
    • Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah Dan Daerah; atau
    • Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad, Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).

Pembayaran Awal Pinjaman Pendidikan

Tidak. Tiada kos upah dikenakan bagi penyelesaian penuh pinjaman pendidikan dalam tempoh 12 bulan (grace period) tersebut.

Boleh. Bayaran balik lebih awal adalah digalakkan kerana bayaran balik yang dibuat dalam tempoh 6 bulan selepas tamat pengajian tidak dikenakan kos upah.

Bayaran Balik Melalui Pengeluaran Akaun II KWSP

Syarat-syarat bagi pengeluaran KWSP untuk tujuan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada semua tahun pengajian sama ada pengajian ahli atau anak ahli.
  2. Peringkat pengajian yang dibenarkan ialah Diploma dan ke atas.

Permohonan pengeluaran Akaun II KWSP bagi bayaran balik pinjaman PTPTN hendaklah dibuat secara online melalui e-Pengeluaran di laman web KWSP. Peminjam hendaklah mempunyai i-Akaun KWSP untuk menggunakan e-Pengeluaran.

Ujrah

Pinjaman Ujrah ialah pinjaman pendidikan PTPTN yang patuh syariah sebagaimana yang telah diputuskan oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan bagi Hal Ehwal Ugama Islam pada 28 Julai 2008.

Ujrah ialah upah 1% setahun pada kadar rata yang dikenakan ke atas pinjaman.

Ujrah pada 1 % dikenakan adalah untuk menampung kos-kos bagi mengurus dan menyediakan pinjaman kepada peminjam.

Pinjaman Ujrah berkuatkuasa kepada permohonan baharu mulai Disember 2008. Bagi pinjaman sedia ada, proses pertukaran daripada pinjaman konvensional kepada pinjaman Ujrah telah dilaksanakan mulai 1 Ogos 2009.

TIDAK. Peminjam perlu membuat permohonan dan menandatangani dokumen tawaran baharu dengan jumlah pinjaman yang baharu. Ini perlu dilakukan kerana ia melibatkan dua (2) prinsip yang berbeza iaitu konvensional dan patuh syariah.

Ujrah: Bayaran Balik

Anda dikehendaki meneruskan bayaran balik sepanjang tempoh proses penawaran Ujrah. Sebarang bayaran balik akan dikemas kini ke akaun pinjaman Ujrah selepas dokumen tawaran Ujrah yang lengkap dikembalikan dalam tempoh yang ditetapkan.

Sekiranya anda telah bertukar Ujrah tetapi masih tidak berkemampuan untuk membuat bayaran balik bulanan seperti yang ditetapkan, anda layak untuk membuat penstrukturan semula pinjaman bagi mendapatkan ansuran bulanan yang lebih rendah. (Rujuk Soalan Lazim (FAQ) Penjadualan/ Penstrukturan Semula Pinjaman).

Peminjam tidak dibenarkan membuat potongan gaji kurang daripada JBB baharu iaitu RM150 yang ditawarkan. Peminjam perlu membuat permohonan perubahan potongan gaji. Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh memohon penstrukturan semula pinjaman.

Peminjam perlu mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji Bayaran Balik yang baharu dan mengemukakannya kepada PTPTN. Walau bagaimanapun, pindaan amaun yang dibenarkan adalah bersamaan atau melebihi ansuran bulanan mengikut JBB baharu.

Peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan, keseluruhan kos penguatkuasaan dan kos pelbagai terlebih dahulu sebelum permohonan pertukaran Ujrah dibuat.

Ujrah: Semakan dan Kemaskini

Akaun pinjaman Ujrah anda akan dikemaskini dalam tempoh 7 hari selepas dokumen tawaran Ujrah yang lengkap diterima. Akaun pinjaman yang lama akan dikosongkan dan dikemaskini ke akaun pinjaman Ujrah.

Bayaran balik yang diterima selepas tarikh kuatkuasa akan dipindahkan ke akaun pinjaman Ujrah dan diselaraskan dengan jadual bayaran balik pinjaman yang baharu.

Tidak. Jumlah pinjaman semasa dikira berdasarkan baki akhir bulan sebelum tarikh kuatkuasa pertukaran Ujrah. Bayaran yang dibuat akan dikemaskini dalam rekod akaun pinjaman Ujrah selepas dokumen tawaran yang lengkap diterima.

Ujrah: Pengiraan Ujrah

Polisi asas yang digunakan untuk pengiraan pertukaran Ujrah adalah seperti berikut:

  1. Jumlah prinsipal : Merujuk kepada baki pinjaman semasa keseluruhan (termasuk baki Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) sekiranya ada) pada akhir bulan sebelum tarikh kuatkuasa tawaran pertukaran Ujrah.

    Contoh : Sekiranya tarikh kuatkuasa tawaran Ujrah adalah pada 1 Oktober 2014, maka baki pinjaman yang digunakan ialah baki akhir 30 September 2014.

  2. Tempoh bayaran balik baharu : Ditentukan berdasarkan kepada jumlah prinsipal seperti berikut (tertakluk kepada had umur maksimum 60 tahun).

BilJumlah PrinsipalTempoh Bayaran Balik Baharu
1Sehingga RM10,00060 Bulan (5 tahun)
2Melebihi RM10,000 hingga RM22,000120 Bulan (10 tahun)
3Melebihi RM22,000 hingga RM50,000180 Bulan (15 tahun)
4Melebihi RM50,000240 Bulan (20 tahun)

Formula pengiraan Ujrah adalah seperti berikut:

Jumlah Ujrah keseluruhan=Baki pinjaman semasa* x Kadar Ujrah (1%) x Tempoh bayaran balik (tahun)
Jumlah pinjaman Ujrah=Baki pinjaman semasa* + Jumlah Ujrah keseluruhan
Jumlah Ujrah sebulan=Baki pinjaman semasa* x Kadar Ujrah 1%
12 bulan
Jumlah ansuran bulanan=Jumlah pinjaman Ujrah
Tempoh bayaran balik baharu (bulan)

Nota: * Baki pinjaman semasa = Prinsipal baharu bagi pinjaman Ujrah

Contoh pengiraan:

Baki pinjaman semasa permohonan dibuat:RM19,432
Tempoh bayaran balik baharu:10 tahun (120 bulan)
Jumlah Ujrah keseluruhan:RM19,432 x 1% x 10 tahun = RM1,943.20
Jumlah pinjaman Ujrah:RM19,432 + RM1,943.20 = RM21,375.20
Jumlah Ujrah sebulan:

RM19,432 x 1%
12

RM16.19

Jumlah ansuran bulanan:

RM21,375.20
120 bulan

RM178.13

Formula pengiraan ujrah adalah seperti berikut:

  1. Jumlah Pinjaman Setakat 01/05/2017

    PerkaraAmaun (RM)
    Pinjaman Diploma20,625.22
    Kos Pelbagai516.00
    Jumlah Pinjaman21,141.22
  2. Jumlah Sumbangan Takaful baharu

    Jumlah Sumbangan Takaful Baharu = Jumlah Pinjaman x (0.59/1000) x Tempoh

    = (RM21,141.22) x (0.59/1000) x (120/12)
    RM124.73

  3. Jumlah Keseluruhan Pinjaman

    Formula:

    Jumlah Keseluruhan Pinjaman = Jumlah Pinjaman + Jumlah Sumbangan Takaful Baharu

    = RM 21,141.22+ RM124.73
    RM 21,265.95

  4. Tempoh Bayaran Balik

    Formula:

    Tempoh bayaran balik adalah berdasarkan jumlah keseluruhan pinjaman.

    BilJumlah Keseluruhan PinjamanTempoh
    1<RM10,00160 bulan/ 5thn
    2RM10,001 – RM22,000120 bulan/ 10thn
    3RM22,001- RM50,000180 bulan/ 15thn
    4>RM50,000240 bulan/ 20 thn

    Jumlah Keseluruhan Pinjaman RM 21,265.95. Tempoh Bayaran Balik adalah 10 tahun (120 bulan)

  5. Upah Pengurusan Pinjaman

    Formula:

    Upah Pengurusan Pinjaman = Jumlah Keseluruhan Pinjaman x 1% x Tempoh Bayaran Balik

    = RM 21,265.95 x 1% x 10 tahun
    RM 2126.60

  6. Ansuran Bulanan

    Formula:

    Ansuran Bulanan = (Jum. Keseluruhan Pinjaman + Upah Pengurusan Pinjaman) /Tempoh Bayaran Balik

    = (RM 21,265.95 + RM 2126.60) / 120 bulan
    RM 194.94

Ujrah: Pertukaran Ujrah

Semua peminjam konvensional yang belum membuat pertukaran Ujrah adalah layak, termasuk peminjam yang telah dikenakan tindakan penguatkuasaan. Mulai 1 Oktober 2014, peminjam yang mempunyai lebih daripada satu pinjaman diwajibkan membuat penggabungan pinjaman untuk permohonan pertukaran Ujrah.

Mereka yang TIDAK LAYAK memohon pertukaran Ujrah adalah seperti berikut:

  1. Penerima WPP bukan peminjam

  2. Peminjam yang tidak bersetuju untuk membuat penggabungan pinjaman sekiranya mempunyai lebih daripada satu pinjaman konvensional

Layak. Berkuatkuasa 1 Julai 2015 peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan, keseluruhan kos penguatkuasaan dan kos pelbagai (sekiranya ada) terlebih dahulu sebagai komitmen peminjam sebelum permohonan pertukaran Ujrah dibuat. Peminjam perlu memaklumkan kepada PTPTN selepas bayaran dibuat

Layak. Peminjam diminta hadir ke kaunter PTPTN berhampiran untuk membuat bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan sebelum permohonan pertukaran Ujrah dibuat. Nama peminjam akan dikeluarkan daripada senarai hitam setelah bukti bayaran diterima.

Perbezaan/ kelebihan antara pinjaman konvensional dengan pinjaman Ujrah adalah seperti Jadual:

BilKriteriaKonvensionalUjrah
1Kadar kosKos pentadbiran lebih tinggi iaitu 3% dan 5% atas baki berkuranganKos upah lebih rendah iaitu 1% pada kadar rata
2Perbandingan jumlah kos (penjimatan)Penjimatan antara 47% hingga 49% dari kos pinjaman konvensional
3PrinsipTidak patuh syariahPatuh syariah
4Jumlah kos bulanan

Kos pentadbiran bulanan berubah-ubah dan akan meningkat sehingga kadar maksimum* sekiranya bayaran balik tidak konsisten dan mempunyai tunggakan ansuran.

*Kos maksimum(sebulan) =

Prinsipal pinjaman x 3 %
12

Kos upah bulanan adalah sama pada setiap bulan sepanjang tempoh bayaran balik (kadar rata atau flat rate)
5Jumlah ansuran bulananAnsuran bulanan meningkat secara progresif pada 5 tahun pertama tempoh bayaran balikAnsuran bulanan sama pada setiap bulan (kadar rata atau flat rate) sepanjang tempoh bayaran balik.
6Penstrukturan/ penjadualan semula pinjaman PTPTNTIDAK LAYAK. Peminjam perlu membuat pertukaran kepada pinjaman Ujrah terlebih dahulu sekiranya berhasrat membuat penstrukturan/ penjadualan semula pinjaman.LAYAK. Peminjam layak memohon penstrukturan/ penjadualan semula pinjaman.

Permohonan pertukaran Ujrah boleh dibuat di kaunter PTPTN di seluruh negara. Peminjam akan diberikan dokumen tawaran dan hendaklah mengembalikan kepada PTPTN sebelum tamat tempoh sah laku.

Tempoh sah laku bagi dokumen tawaran ialah 14 hari daripada tarikh surat tawaran. Peminjam hendaklah mengembalikan dokumen tawaran yang lengkap dalam tempoh sah laku ini. Dokumen yang tidak diterima dalam tempoh ini akan dibatalkan dan peminjam perlu membuat permohonan semula. Ini akan menyebabkan jumlah pinjaman semasa meningkat kerana pertambahan apa-apa kos (kos pentadbiran, kos duti setem, hutang takaful, kos penguatkuasaan/ kos guaman (sekiranya ada).

Berikut adalah 6 langkah untuk memohon pertukaran Ujrah:

  1. Lengkapkan Borang Kemaskini Maklumat: Boleh dimuat turun melalui portal rasmi PTPTN di www.ptptn.gov.my atau di kaunter PTPTN.

  2. Hantarkan Borang Kemas Kini Maklumat di kaunter PTPTN berhampiran.

  3. Lengkapkan 2 set dokumen tawaran Ujrah yang diperoleh beserta Setem Hasil RM10 setiap satu.

  4. Serahkan/poskan di mana-mana kaunter PTPTN berhampiran.

  5. Mulakan bayaran balik mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) baharu.

Tidak. Permohonan pertukaran Ujrah boleh dibuat pada bila-bila masa KECUALI dalam tempoh 27 haribulan bulan semasa hingga 5 haribulan bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, peminjam digalakkan untuk membuat pertukaran Ujrah lebih awal untuk menikmati penjimatan kos upah yang lebih tinggi.

Jadual menunjukkan perbandingan jumlah kos pentadbiran dengan jumlah kos upah (Ujrah) dengan penjimatan kos antara 47% hingga 49%:

Jumlah Pinjaman (RM)Tempoh Bayaran BalikJumlah Kos Pentadbiran 3% Setahun (RM)Jumlah Ujrah 1% Setahun (RM)Penjimatan (RM)Penjimatan (%)
5,0005 Tahun47425022447
10,0005 Tahun94850044847
15,00010 Tahun2,9401,5001,44049
21,00010 Tahun4,1162,1002,01649
48,00015 Tahun13,8297,2006,62948
64,00020 Tahun24,47012,80011,67048
100,00020 Tahun38,23520,00018,23548
150,00020 Tahun57,35430,00027,35448

Ujrah: Lebih Daripada Satu Pinjaman (Penggabungan)

Penggabungan pinjaman ialah menggabungkan lebih dari satu pinjaman menjadi satu pinjaman sahaja. Penggabungan pinjaman adalah syarat wajib bagi peminjam yang mempunyai lebih daripada satu pinjaman yang ingin memohon pertukaran Ujrah mulai 1 Oktober 2014. Melalui kaedah ini, peminjam akan mempunyai satu rekod pinjaman sahaja.

Semua pinjaman yang telah tamat pengeluaran pinjaman dan masih mempunyai baki perlu digabungkan. Pinjaman yang masih dalam tempoh pengeluaran pinjaman dikecualikan daripada penggabungan ini.

Melalui kaedah penggabungan ini, peminjam akan mempunyai satu rekod pinjaman sahaja. Ini memudahkan bayaran balik pinjaman kerana ia dibuat berdasarkan satu amaun ansuran bulanan sahaja

Tidak layak. Penggabungan pinjaman adalah syarat wajib bagi peminjam yang ingin memohon pertukaran Ujrah mulai 1 Oktober 2014 sekiranya peminjam mempunyai lebih daripada satu pinjaman.

Tidak layak. Penggabungan pinjaman hanya terbuka kepada peminjam yang bersetuju bertukar kepada pinjaman Ujrah sahaja.

Boleh. Pinjaman konvensional A dan B perlu ditukarkan kepada pinjaman ujrah terlebih dahulu sebelum digabungkan dengan pinjaman Ujrah C.

Ya. Satu permohonan Ujrah adalah memadai bagi kesemua pinjaman tanpa mengira peringkat pengajian. Kesemua pinjaman tersebut akan digabungkan pinjaman sahaja

Penggabungan pinjaman boleh dibuat melalui permohonan pertukaran Ujrah.

Tidak boleh. Pertukaran Ujrah hendaklah dibuat dengan menggabungkan kedua-dua pinjaman tersebut. Sekiranya anda ingin bertukar Ujrah bagi pinjaman E sahaja, anda perlu membuat penyelesaian penuh bagi pinjaman D terlebih dahulu.

Penjadualan/ Penstrukturan Semula Pinjaman

Penjadualan ialah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk menjadualkan semula Jadual Bayaran Balik (JBB) bagi membolehkan peminjam menyelesaikan hutang mengikut tempoh bayaran balik yang telah ditetapkan.

Penstrukturan pula adalah kaedah yang memberi kemudahan kepada peminjam untuk mengubah struktur JBB dan menetapkan ansuran bulanan berdasarkan kemampuan peminjam. Melalui kaedah ini, tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga peminjam mencapai umur 60 tahun.

Syarat-syarat dan garis panduan bagi permohonan penjadualan/ penstrukturan semula pinjaman seperti jadual di bawah:

Bil.PerkaraPenjadualanPenstrukturan
1.Kategori PinjamanTerbuka kepada semua peminjam pinjaman Ujrah sahaja 
2.Yuran Pemprosesan
  1. Kali pertama : dikecualikan
  2. Kali kedua : RM50;
  3. Kali ketiga : RM100;
  4. Kali keempat : RM150
  5. Kali kelima dan seterusnya : RM200
  1. Kali pertama : dikecualikan
  2. Kali kedua : RM50;
  3. Kali ketiga : RM100;
  4. Kali keempat : RM150
  5. Kali kelima dan seterusnya : RM200

Tambahan

  • Upah bagi tambahan tempoh bayaran balik pinjaman pendidikan

  • Perlindungan Takaful baru; dan

  • Duti Setem

  • Berkuatkuasa 1 Julai 2015, peminjam perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan, serta kos pelbagai (jika ada) terlebih dahulu seperti kos penguatkuasaan, WPP (sekiranya tidak dijelaskan akan dikira sebagai prinsipal baru), hutang duti setem, hutang takaful dan yuran pemprosesan.

3.Tempoh PermohonanPermohonan boleh dibuat pada bila-bila masa, KECUALI dalam tempoh 27 haribulan bulan semasa hingga 5 haribulan bulan berikutnya. 
4.Tunggakan Bayaran BalikYaYa dan/atau tidak mampu bayar mengikut JBB yang ditetapkan.
5.Tempoh Bayaran Balik PinjamanBerdasarkan baki tempoh pinjaman asal.Tempoh bayaran balik boleh dipanjangkan sehingga had umur peminjam mencapai 60 tahun.
6.Ansuran BulananBerdasarkan baki tempoh jadual bayaran balik sedia ada.

Ansuran bulanan minimum berdasarkan anggaran penentuan 5% sehingga 8% daripada jumlah pendapatan kasar, tertakluk kepada kelayakan tempoh bayaran balik (sehingga umur 60 tahun).

Walau bagaimanapun, jumlah minimum ansuran bulanan tersebut adalah tertakluk kepada persetujuan PTPTN.

7.Formula PengiraanAnsuran Bulanan Baharu = Hutang Pinjaman – Bayaran Balik Yang Telah Diterima Baki Tempoh Bayaran Balik

Penentuan Prinsipal Baharu

  • Prinsipal Baharu = Baki Pinjaman Semasa + WPP (jika ada) + Takaful Baharu

  • Upah Baharu = Prinsipal Baharu *1%*Tempoh Bayaran Balik Baharu (Tahun)

Penentuan Ansuran Bulanan

Ansuran Prinsipal Baharu + Upah Baharu Bulanan = Tempoh Bayaran Balik Baharu

Nota:
Baki Pinjaman Semasa = Prinsipal Yang Patut Bayar Balik + Upah Yang Telah Dikenakan-Bayaran Balik Yang Telah Diterima

8.Dokumen PenawaranSurat Makluman Kelulusan akan dikeluarkanSurat Tawaran dan Dokumen Perjanjian Penstrukturan Semula akan dikeluarkan.

Kos Pelbagai ialah kos tindakan penguatkuasaan yang dikenakan ke atas peminjam seperti kos pengeluaran Notis Peringatan Terakhir, Notis Tuntutan (NOD) dan kos saman yang dibayar kepada panel peguam.

Selain yuran pemprosesan, kos pelbagai, hutang takaful dan hutang duti setem, berkuatkuasa 1 Julai 2015, peminjam juga perlu menjelaskan sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan sebelum Surat Tawaran Penstrukturan Semula dikeluarkan. Dengan kata lain, Surat Tawaran Penstrukturan Semula hanya akan dikeluarkan setelah peminjam bersetuju dengan syarat-syarat penstrukturan semula dan membayar yuran pemprosesan, sekurang-kurangnya 50% daripada jumlah tunggakan, kos pelbagai, hutang takaful dan hutang duti setem (jika ada).

Tidak boleh. Peminjam yang ingin memohon penjadualan/ penstrukturan semula dikehendaki hadir sendiri ke mana-mana kaunter PTPTN pada bila-bila masa, KECUALI dalam tempoh 27 haribulan bulan semasa hingga 5 haribulan bulan berikutnya. Ia bagi memudahkan rundingan, penjelasan dan urusan penerimaan dokumen tawaran.

Tiada had tempoh. Peminjam boleh memohon semula pada bila-bila masa, KECUALI dalam tempoh 27 haribulan bulan semasa hingga 5 haribulan bulan berikutnya.

Peminjam tidak layak untuk membuat penjadualan semula. Bagaimanapun, peminjam tersebut boleh dipertimbangkan bagi penstrukturan semula bayaran balik pinjaman.

Tempoh sahlaku dokumen tawaran penstrukturan/ penjadualan semula adalah dalam 14 hari atau bulan yang sama dengan tarikh kelulusan; mana-mana yang terdahulu.

Tidak boleh. Dokumen tawaran hendaklah dikembalikan kepada PTPTN dalam bulan yang sama dengan bulan kelulusan.

Ya. Pinjaman tersebut akan dibatalkan. Peminjam dikehendaki memohon semula sekiranya masih berminat untuk mendapatkan kemudahan tersebut.

Boleh. Walau bagaimanapun, syarat pengeluaran Akaun II KWSP merujuk kepada tarikh perjanjian asal.

Syarat – syarat pengeluaran Akaun II KWSP adalah seperti berikut:

  1. Pengeluaran daripada Akaun II peminjam (peminjam adalah ahli):
    – Perjanjian pinjaman pendidikan yang ditandatangani pada atau selepas 2 Januari 2001 (bagi kursus di peringkat Diploma dan ke atas)

  2. Pengeluaran daripada Akaun II ibu/bapa peminjam (ibu/ bapa peminjam adalah ahli):
    – Perjanjian pinjaman pendidikan yang ditandatangani pada atau selepas 1 April 2000 (bagi kursus di peringkat Ijazah Sarjana Muda).
    – Perjanjian pinjaman pendidikan yang ditandatangani pada atau selepas 17 Januari 2006 (bagi kursus di peringkat Diploma).

Penangguhan Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut:

  1. Surat permohonan rasmi penangguhan atau borang permohonan penangguhan yang boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN.
  2. Salinan surat tawaran pengajian.
  3. Salinan surat tawaran penaja baru (jika mendapat tajaan dari penaja lain selain PTPTN/ jika melanjutkan pengajian ke luar negara).
  4. Surat pengesahan tarikh tamat pengajian dari IPT (jika tiada dalam surat tawaran).
  5. Sesalinan transkrip dan sijil bagi peringkat pengajian yang telah tamat (jika berkaitan).

Nota:

  • Hanya permohonan yang lengkap sahaja akan diproses.
  • Kos upah tetap dikenakan sepanjang tempoh penangguhan.

Boleh. Permohonan penangguhan kali kedua/ ketiga dan seterusnya hanya dibenarkan setelah tamat tempoh penangguhan terdahulu. Walau bagaimanapun, semua kelulusan penangguhan adalah tertakluk kepada baki tempoh JBB sedia ada. Bagi baki tempoh kosong atau negatif, tuntutan secara sekaligus akan dibuat. Sekiranya peminjam membuat rayuan, maka penstrukturan semula JBB akan dilaksanakan.

Gagal/ Berhenti/ Tukar Pengajian/ Batal Pinjaman Pendidikan

Peminjam yang gagal dalam pengajian hanya dikehendaki menjelaskan jumlah pinjaman yang diterima sahaja termasuk apa-apa kos yang berkenaan.

Ya. Upah dikenakan pada bulan ke 7 selepas tamat tempoh pinjaman ke atas jumlah pinjaman yang diterima sahaja.

Tindakan Saman

Semakan saman boleh dilakukan dengan menghubungi Hotline PTPTN di talian 03-2193 3000.

Peminjam hendaklah menghubungi Bahagian Perundangan dan Pendakwaan PTPTN di talian 03-2193 1155 atau hadir ke cawangan PTPTN terdekat untuk rundingan bagi penarikan balik saman dengan membayar keseluruhan hutang pinjaman. Sekiranya tidak mampu, peminjam boleh berunding dengan PTPTN bagi membuat bayaran keseluruhan tunggakan atau apa-apa jumlah yang dipersetujui PTPTN termasuk semua kos pendakwaan.

Penyenaraian Peminjam PTPTN Dalam Central Credit Reference Information System (CCRIS)

Semua peminjam yang sepatutnya membuat bayaran balik selepas 12 bulan tamat tempoh pinjaman akan disenaraikan di dalam CCRIS.

Tidak boleh. Semakan hendaklah dibuat terus di kaunter dan kiosk mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia (BNM) di seluruh negara.

Maklumat yang direkodkan di dalam CCRIS adalah rekod bayaran ansuran bulanan bagi tempoh 12 bulan yang lepas.

Peminjam perlu membuat bayaran secara konsisten mengikut jadual yang ditetapkan bagi mengelakkan tunggakan demi memastikan rekod CCRIS berada di dalam keadaan baik. Sekiranya rekod di CCRIS menunjukkan terdapat sebarang bulan tunggakan, berkemungkinan permohonan pinjaman tidak dipertimbangkan oleh institusi kewangan. Walau bagaimanapun, kelulusan sesuatu pinjaman yang dipohon adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa institusi kewangan tersebut.

Peminjam tidak boleh berunding dengan BNM atau institusi kewangan lain mengenai rekod pinjaman PTPTN di CCRIS. Semua rundingan mengenai pinjaman PTPTN sama ada penyelesaian hutang pinjaman atau penjadualan semula pinjaman hendaklah dibuat dengan PTPTN. Peminjam boleh menghubungi Khidmat Pelanggan PTPTN di talian 03-2193 3000 atau hadir berunding di mana-mana cawangan PTPTN di seluruh negara.

Peminjam hendaklah membuat penyelesaian penuh hutang pinjaman dan rekod di dalam CCRIS akan dikemaskini kepada ‘SELESAI’ dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja daripada tarikh bayaran dikemaskini dalam penyata PTPTN.

Peminjam hendaklah menyelesaikan keseluruhan tunggakan dan membuat bayaran balik bulanan secara teratur (konsisten) mengikut Jadual Bayaran Balik (JBB) yang telah ditetapkan. Peminjam yang mempunyai masalah kewangan dinasihatkan berunding dengan PTPTN untuk penjadualan semula hutang dan seterusnya membuat bayaran bulanan secara teratur.

Rekod kredit peminjam akan menunjukkan kedudukan yang lebih baik apabila membuat bayaran secara teratur selama 6 bulan berturut-turut tanpa tunggakan.

Rekod pada bulan semasa akan menjadi baik. Walau bagaimanapun, maklumat mengenai bilangan ansuran tertunggak selama 12 bulan yang lepas masih dipaparkan dalam laporan kredit CCRIS. Kelulusan sesuatu pinjaman yang dipohon adalah tertakluk kepada budi bicara dan bidang kuasa institusi kewangan tersebut.

Bayaran balik pinjaman hendaklah dibuat pada bulan berkenaan. Bagi memastikan transaksi tersebut dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa, transaksi melalui agen/pihak ketiga hendaklah dibuat selewat-lewatnya pada 27 haribulan setiap bulan. Transaksi selepas tarikh tersebut akan dikemas kini dalam penyata pada bulan berikutnya. Walau bagaimanapun, transaksi yang dibuat sehingga akhir bulan melalui kaunter PTPTN akan dikemas kini dalam penyata pada bulan semasa.

Rekod bayaran akan dikemas kini oleh PTPTN pada tarikh penghantaran laporan berikutnya, iaitu tidak lewat daripada 15 haribulan pada bulan berikutnya.

Rekod CCRIS masih buruk kerana peminjam mempunyai tunggakan yang disebabkan oleh:

  1. Bayaran dibuat lewat daripada jadual yang ditetapkan. Sebagai contoh, bayaran mula dibuat selepas 1 tahun tamat pinjaman sedangkan peminjam sepatutnya mula membuat bayaran selepas 6 bulan tamat pinjaman.

  2. Bayaran kurang daripada jumlah yang ditetapkan di dalam Jadual Bayaran Balik (JBB).

Potongan Gaji (Tindakan Majikan)

Kegagalan majikan melaksanakan arahan potongan gaji adalah merupakan suatu kesalahan dan jika disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 1 tahun atau kedua-duanya di bawah Seksyen 29, Akta PTPTN 1997 (Akta 566).

Melalui program Sahabat PTPTN, majikan yang membuat potongan gaji akan menikmati komisen sebanyak RM10.00 (one-off) bagi potongan kali pertama yang berjaya.

Tidak boleh. Berkuat kuasa mulai 1 November 2015, LHDNM tidak lagi menjadi ejen kutipan bayaran balik pinjaman pendidikan PTPTN. Sehubungan itu, majikan perlu berhubung terus dengan PTPTN.

Langkah-langkah yang terlibat bagi memastikan potongan gaji berjaya dilaksanakan adalah seperti berikut:

  1. Majikan menyerahkan Borang Pendaftaran Majikan (Potongan Gaji PTPTN) yang lengkap kepada Pejabat PTPTN yang berhampiran.

  2. PTPTN mengemas kini rekod potongan gaji ke dalam sistem.

  3. PTPTN akan mengemukakan rekod potongan gaji baharu kepada majikan pada setiap bulan (sekiranya ada)

  4. Majikan melaksanakan potongan gaji bulanan. Majikan mengemukakan data (Borang Potongan Gaji PTPTN Oleh Majikan) dan bayaran potongan gaji kepada PTPTN sebelum 15 hari bulan pada bulan berikutnya.

  5. PTPTN akan mengemas kini maklumat pembayaran di dalam penyata peminjam.

Maklumat data (Borang Potongan Gaji PTPTN Oleh Majikan) yang perlu dikemukakan oleh majikan kepada PTPTN mengandungi:

  1. Maklumat majikan;
  2. Maklumat pembayaran; dan
  3. Maklumat pekerja (no kp, nama, jumlah potongan dan no. gaji/ pekerja).

Data (Borang Potongan Gaji PTPTN Oleh Majikan) tersebut perlu dikemukakan kepada PTPTN dalam bentuk softcopy (Ms Excel).

Majikan perlu mengemukakan data potongan gaji kepada PTPTN dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas potongan gaji diproses atau sebelum 15 hari bulan pada bulan berikutnya.

Pihak majikan boleh memilih untuk menerima dan menghantar data potongan gaji sama ada melalui File Transfer Protocol (FTP) atau e-mel. Bagi majikan yang memilih kaedah FTP, PTPTN akan mengemukakan host name, user name dan password server FTP PTPTN kepada majikan untuk akses ke server tersebut.

PTPTN akan menghantar data potongan gaji melalui e-mel. Majikan perlu mengemukakan semula data potongan gaji yang telah diproses ke alamat e-mel PTPTN iaitu aduan_BPG@ptptn.gov.my.

PTPTN akan membuat penghantaran data pada setiap akhir bulan kepada majikan sekiranya terdapat sebarang potongan baharu, perubahan amaun dan tamat potongan. Majikan perlu melakukan proses potongan gaji pekerja tersebut pada bulan berikutnya.

Pekerja baharu tersebut perlu melengkapkan Borang Kebenaran Potongan Gaji Bagi Bayaran Balik Pinjaman Pendidikan PTPTN dan menyerahkan kepada PTPTN. PTPTN akan mengemukakan data potongan gaji kepada majikan pada setiap akhir bulan untuk diproses oleh pihak majikan.

Ya. PTPTN akan mengemukakan maklumat pekerja yang telah menyelesaikan bayaran balik pinjaman pada setiap akhir bulan bersama-sama data potongan baharu dan perubahan amaun (sekiranya ada). Bagi pekerja yang telah selesai membayar balik, data yang dikemukakan mempunyai jumlah potongan (RM) sebanyak sembilan (9) sifar seperti contoh berikut.

NO. KPNAMAJUMLAH POTONGAN (RM)NO. GAJI/ PEKERJA
821011045131SHAH JEHAN BIN SHAHRUDIN00000000034254

Majikan tidak perlu membuat potongan gaji pekerja tersebut pada bulan berikutnya memandangkan pekerja telah menyelesaikan kesemua bayaran balik pinjaman.

Tidak boleh. Pembatalan atau penamatan potongan gaji hanya boleh dibuat sekiranya peminjam telah melangsaikan keseluruhan hutang atau telah berhenti kerja atau disahkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia sahaja.

Pihak majikan boleh memilih untuk membuat bayaran bagi potongan gaji pekerja sama ada melalui Electronic Fund Transfer (EFT) atau cek.

Pembayaran hendaklah dibuat kepada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional di Akaun Pungutan Potongan Gaji Agensi (Bank Islam). Majikan juga perlu mengemukakan maklumat berikut melalui e-mel (aduan_BPG@ptptn.gov.my) dalam tempoh sehari selepas pindahan bayaran potongan gaji dilakukan:

  1. Tarikh pindahan;
  2. Jumlah pindahan;
  3. No. rujukan pindahan; dan
  4. Keterangan pindahan (contoh: Oktober UKM)

Cek dibuat atas nama ‘Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional’ atau ‘PTPTN’. Cek tersebut perlu dihantar kepada PTPTN melalui serahan tangan, secara pos atau didepositkan di kaunter bank atau cheque deposit machine (Bank Islam sahaja).Maklumat nombor Akaun Pungutan Potongan Gaji Agensi hendaklah dicatatkan di belakang cek tersebut.

Majikan perlu mengemukakan data potongan gaji pekerja dalam bentuk softcopy (Ms Excel) melalui e-mel (aduan_BPG@ptptn.gov.my) sebaik sahaja cek dihantar kepada PTPTN.

Ya. Resit akan dikeluarkan setelah bayaran diterima dan data dikemaskini ke dalam penyata pinjaman.

Potongan Gaji (Tindakan Peminjam)

Peminjam boleh memohon secara online untuk membuat potongan gaji atau hadir ke kaunter PTPTN yang berdekatan.

Bayaran balik melalui potongan gaji dapat mengelakkan tunggakan kerana dibuat secara konsisten sekaligus mengelakkan peminjam daripada sebarang tindakan penguatkuasaan seperti senarai hitam dan saman. Rekod pinjaman di CCRIS juga akan menjadi baik. Bagi penjawat awam, bayaran balik melalui potongan gaji adalah wajib selaras dengan arahan Ketua Setiausaha Negara (KSN) pada September 2015.

Langkah pertama, peminjam dikehendaki melengkapkan Borang Kebenaran Potongan Gaji yang terdapat di Portal Rasmi PTPTN dan menyerahkannya bersama-sama salinan slip gaji terkini di mana-mana cawangan PTPTN. Seterusnya, PTPTN akan mengemas kini rekod potongan gaji ke dalam sistem PTPTN dan mengemukakan jumlah potongan gaji tersebut kepada majikan. Setelah majikan melaksanakan potongan gaji, PTPTN akan mengemas kini maklumat pembayaran di dalam penyata. Semakan rekod bayaran balik yang telah dikemaskini boleh dibuat di Penyata Pinjaman.

PTPTN melaksanakan potongan gaji mandatori sekiranya tidak menerima sebarang bayaran balik daripada peminjam dalam tempoh empat belas (14) hari daripada tarikh surat Arahan Rundingan Untuk Bayaran Balik Pinjaman PTPTN. Ruang rundingan masih dibuka sekiranya peminjam tidak mampu dengan amaun ansuran yang dinyatakan dan mereka perlu hadir ke PTPTN dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat.

Tidak boleh. Ansuran bulanan bayaran balik melalui potongan gaji adalah berdasarkan Jadual Bayaran Balik yang telah dibina. Peminjam boleh membuat bayaran balik melalui lain-lain saluran yang disediakan.

Di antara sebab potongan gaji gagal dibuat ialah kerana maklumat potongan gaji yang diberikan peminjam seperti No Gaji dan Kod Pejabat Perakaunan berbeza dengan pengkalan data majikan. Sehubungan dengan itu, peminjam dikehendaki menyerahkan salinan slip gaji yang terkini dengan PTPTN bersama-sama Borang Kebenaran Potongan Gaji yang telah lengkap.

Potongan gaji akan dibatalkan jika peminjam telah melangsaikan keseluruhan hutang pinjaman, telah berhenti kerja dan disahkan muflis oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.

Peminjam perlu memaklumkannya kepada PTPTN dengan mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji untuk potongan dengan majikan yang baharu. Rekod potongan gaji dengan majikan lama akan dibatalkan dan urusan potongan gaji seterusnya akan dibuat dengan majikan yang baharu.

Peminjam yang telah dikenakan senarai hitam dan saman perlu menyelesaikan urusan senarai hitam dan saman terlebih dahulu. Peminjam perlu hadir berunding ke mana-mana cawangan PTPTN jika telah disenarai hitam atau Bahagian Perundangan dan Pendakwaan di ibu pejabat Kuala Lumpur sekiranya telah disaman

Boleh. Peminjam perlu melengkapkan Borang Kebenaran Potongan Gaji dengan jumlah potongan yang baharu.

Tidak boleh. Sekiranya tidak mampu membuat bayaran berdasarkan ansuran mengikut jadual yang ditetapkan, peminjam dicadangkan membuat penjadualan semula pinjaman.

Peminjam boleh membuat potongan gaji mengikut jadual ansuran bulanan asal tetapi perlu menyelesaikan tunggakan terlebih dahulu bagi memastikan rekod bayaran balik tiada tunggakan. Sekiranya tidak mampu, peminjam perlu membuat penjadualan semula pinjaman bagi mendapatkan jumlah ansuran baharu dengan mengambilkira jumlah tunggakan.

Peminjam perlu merujuk kepada majikan dengan kadar segera agar majikan boleh membuat semakan semula dengan PTPTN.

Peminjam dikehendaki menjelaskan ansuran bulanan melalui saluran lain bagi mengelakkan tunggakan dan tindakan penguatkuasaan.

Peminjam perlu membuat pindaan jumlah potongan gaji berdasarkan kepada jumlah di dalam perjanjian Ujrah dengan mengisi Borang Kebenaran Potongan Gaji yang baharu. Sekiranya jumlah di dalam perjanjian Ujrah lebih rendah daripada potongan gaji sedia ada, peminjam digalakkan untuk mengekalkan jumlah potongan tersebut bagi menikmati penjimatan kos upah dan menyelesaikan pinjaman lebih awal.

Jumlah ansuran potongan gaji terkini akan kekal mengikut potongan Konvensional. Sekiranya jumlah ansuran baharu (Ujrah) lebih tinggi, ia akan menyebabkan berlakunya tunggakan.

Bayaran balik melalui potongan gaji akan dikemaskini di dalam penyata pinjaman peminjam selewat-lewatnya pada bulan berikutnya setelah pembayaran diremitkan oleh majikan ke PTPTN.