Langkah Permohonan
Pinjaman

Pastikan anda mempunyai salah satu nombor akaun
Simpan SSPN di bawah sebelum membuat permohonan pinjaman

Ini merupakan salah satu syarat wajib yang perlu ada sebelum membuat permohonan pinjaman

* RECOMMENDED KEPADA PELAJAR YANG
INGIN MOHON PINJAMAN PTPTN

Langkah
Permohonan Pinjaman

Ikuti langkah mudah membuat permohonan pinjaman PTPTN

LANGKAH 1

1. Sila layari Portal Rasmi PTPTN
https://www.ptptn.gov.my/

LANGKAH 2

2. PINJAMAN PENDIDIKAN
Bagi pelajar yang ingin membuat permohonan pinjaman kali pertama, kedua & seterusnya, sila klik butang e-Perkhidmatan di bahagian Pinjaman Pendidikan.

LANGKAH 3

3. PERMOHONAN PINJAMAN KALI PERTAMA
Bagi pelajar yang ingin membuat permohonan pinjaman kali pertama, sila klik selanjutnya di bahagian Permohonan Pinjaman Kali Pertama.

Perhatian Kepada pelajar yang pernah membuat Permohonan Pinjaman PTPTN atau yang pernah membeli no pin ptptn sebelum ini, tetapi tidak melengkapkan permohonan sehingga selesai dan mengakibatkan perjanjian terbatal. Anda boleh buat permohonan semula pada semester yang akan datang. Sila buat semakan jadual permohonan DI SINI

Anda perlu klik terus permohonan kali kedua/ seterusnya kerana anda telah mempunyai rekod akaun sebelum ini. Untuk permohonan kali ke dua terus rujuk Langkah 6 No. 13.

Pelajar yang baru mohon untuk kali pertama, sila ikut turutan.

LANGKAH 4

4. PENTING! SEBELUM MEMBUAT PERMOHONAN PINJAMAN
Sebelum membuat permohonan pinjaman, pastikan anda telah menyediakan 4 perkara ini:

  • Telah menerima surat tawaran daripada IPT.
  • Mempunyai salah satu nombor akaun SSPN.
    *Sila rujuk panduan pembukaan akaun Simpan SSPN Prime atau Simpan SSPN Plus.
  • Mempunyai akaun bank mengikut panel IPT anda.
    *Sila hubungi IPT anda untuk pengesahan panel bank.
  • Telah membuat semakan jadual permohonan dan bayaran pinjaman

5. Dah cukup 4 perkara di atas, Sila klik Pendaftaran Permohonan Pinjaman

LANGKAH 5

6. PELAJAR YANG MEMBELI NO PIN DI BSN
Pelajar yang membeli No Pin di kaunter BSN, Sila Klik DI SINI. Sila rujuk gambar rajah di atas. Langkah 5. No.6

Bagi pelajar yang membeli no pin di Kaunter BSN. Selesai mengisi maklumat, terus pergi ke langkah 6 No. 13 untuk log masuk ke akaun PTPTN, bagi meneruskan proses permohonan pinjaman.

______________________
Bagi Pelajar Yang Belum Beli No. Pin PTPTN, Sila ikuti langkah di bawah.

Borang dalam gambar rajah merupakan pembelian No. Pin secara atas talian bagi pelajar yang masih belum mempunyai No. Pin PTPTN.

PENDAFTARAN PERMOHONAN PINJAMAN
Bagi pelajar yang tidak mempunyai No. Pin PTPTN sila lengkapkan maklumat disini. Ini adalah ruangan untuk anda membeli No Pin secara atas talian. RM5.00 akan dikenakan caj kepada anda untuk pembelian No. Pin PTPTN.

Perhatian – Pelajar yang membeli No Pin secara online, anda tidak akan diberikan No. Pin seperti pelajar yang membeli di kaunter (BSN). Anda boleh terus Log masuk selepas pembayaran berjaya dibuat. Pastikan anda ingat kata laluan yang anda daftar sewaktu membeli No. Pin PTPTN itu tadi. Kata laluan yang anda masukkan sewaktu membeli No. Pin akan digunapakai untuk Log masuk akaun PTPTN.

7. No. MyKad
Masukkan Nombor Kad Pengenalan anda dengan betul dan TEPAT.

8. Kata Laluan
Masukkan kata laluan anda yang mudah diingati. Kata laluan ini akan digunakan untuk log masuk akaun PTPTN sewaktu ingin membuat permohonan pinjaman. Rujuk langkah 7 No. 15

9. Pengesahan Kata Laluan
Masukkan kata laluan yang sama.

10. E-mel
Masukkan E-mel yang terkini dengan betul dan TEPAT.

11. Baca & Fahami
Terma & Syarat pembelian No. Pin PTPTN.

12. Daftar
Pastikan maklumat anda betul dan TEPAT sebelum menekan butang Daftar.

Teruskan sehingga pembayaran RM5.00 berjaya ditolak dalam akaun perbankan anda.

Sekiranya menerima notifikasi seperti di atas. Skip bahagian ini dan terus ke langkah 6 No. 13

LANGKAH 6

13. STEP SETELAH MEMPUNYAI NO PIN PTPTN
Masuk semula di bahagian Pinjaman dan pilih Permohonan Pinjaman Kali Kedua dan seterusnya.

Perhatian – Walaupun anda pertama kali untuk mohon pinjaman PTPTN, anda perlu klik di bahagian ini juga untuk Log masuk ke akaun PTPTN bagi proses permohonan pinjaman kali pertama, kedua & seterusnya.

LANGKAH 7

PERMOHONAN PINJAMAN / SEMAKAN PENYATA
Ini adalah pautan untuk anda Log masuk ke akaun PTPTN bagi membuat Permohonan Pinjaman Kali Pertama, Kedua & Seterusnya.

Perhatian – Pelajar yang sebelum ini pernah membuat permohonan pinjaman PTPTN atau pernah membeli no pin PTPTN, tetapi tidak melalui proses yang lengkap sehinggakan pelajar tidak mendapat pinjaman pada semester tersebut dan kini merancang untuk membuat permohonan semula pinjaman, pelajar boleh terus Log masuk di pautan ini kerana maklumat pelajar telah direkodkan sewaktu pembelian No. Pin PTPTN kali pertama.

Bagi pembelian No Pin PTPTN buat kali kedua, boleh dibeli sewaktu pelajar berjaya Log masuk ke akaun PTPTN. Sila rujuk langkah 8 No.17

14. NO. KAD PENGENALAN
Masukkan no. Kad Pengenalan yang anda daftarkan sewaktu membeli No. Pin PTPTN dengan betul dan TEPAT. Rujuk semula langkah 5 No. 7

15. KATA LALUAN
Masukkan kata laluan yang anda daftarkan sewaktu membeli no pin secara online itu tadi. Rujuk semula langkah 5 No. 8

16. LOG MASUK
Klik Log Masuk untuk proses permohonan pinjaman PTPTN.

LANGKAH 8

17. DAFTAR PERMOHONAN BARU ONLINE
Bahagian untuk membeli No. Pin buat kali kedua dan seterusnya.

18. BELUM LENGKAP
Untuk mulakan Permohonan Pinjaman PTPTN, sila Klik pada Senarai Pendaftaran ”Belum Lengkap” untuk mengisi maklumat peribadi anda.

LANGKAH 9

19. BUTIRAN PERIBADI
Isikan Butiran Peribadi anda dengan betul dan TEPAT.

20. BUTIRAN PEKERJAAN PEMOHON
Isikan Butiran Pekerjaan Pemohon sekiranya ada.

21. BUTIRAN PENJAGA / PASANGAN
Isikan Butiran Penjaga / Pasangan anda dengan betul dan TEPAT.

22. BUTIRAN KURSUS
Isikan Butiran Kursus anda dengan betul dan TEPAT.

23. PENGESAHAN PERMOHONAN
Pastikan segala maklumat yang anda masukkan itu betul dan TEPAT sebelum anda membuat pengesahan permohonan.

24. CETAK MAKLUMAT
Sila cetak maklumat Peribadi anda untuk rujukan pada masa akan datang.

SILA TUNGGU PROSES PERMOHONAN ANDA DILULUSKAN

LANGKAH 10

25. SEDANG DIPROSES
Permohonan pinjaman anda kini sedang DIPROSES. Sila tunggu 6 hari bekerja selepas Tarikh Tutup Permohonan bagi semakan KELULUSAN Pinjaman.

LANGKAH 11

26. DILULUSKAN
Permohonan pinjaman anda kini sudah DILULUSKAN. Sila klik perkataan DILULUSKAN dan cetak surat Perjanjian Pinjaman dan hantarkan ke kaunter PTPTN yang berdekatan.

LANGKAH 12

27. CETAK SURAT TAWARAN
Sila Klik Muat Turun Surat untuk mendapatkan surat perjanjian pinjaman PTPTN anda.

Dokumen perjanjian yang lengkap diisi berdasarkan panduan pengisian hendaklah diserahkan kepada PTPTN dalam tempoh 14 hari daripada tarikh surat tawaran. Dokumen perjanjian yang tidak mematuhi panduan pengisian akan ditolak dan perlu dikembalikan semula kepada PTPTN dalam tempoh sah laku.

Dokumen perjanjian yang telah melebihi tempoh sahlaku akan dibatalkan. Peminjam dikehendaki membuat permohonan baharu sekiranya masih berminat untuk mendapatkan pinjaman PTPTN.

PANDUAN MOHON PINJAMAN PTPTN

Bagaimana Cara Untuk Membuat Permohonan Pinjaman PTPTN