Soalan Lazim
Wang Pendahuluan Pinjaman
Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) adalah merupakan wang pendahuluan berjumlah RM1,500 yang diberikan kepada pelajar yang layak sebelum mereka mendaftar di IPT
Syarat-syarat WPP adalah:
- Penjaga pelajar/ pelajar mestilah Penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR);
- Warganegara Malaysia;
- Pelajar ditawarkan pengajian bagi peringkat pengajian Diploma atau Ijazah Sarjana Muda secara sepenuh masa di Universiti Awam & Politeknik; dan
Tiada hutang WPP
Kaedah permohonan adalah berdasarkan pengesahan setuju terima WPP yang dibuat semasa permohonan kemasukan ke IPT iaitu sama ada melalui Portal UPU atau IPT.
Semakan boleh dibuat di portal rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my mulai 1 Jun 2018. Makluman melalui SMS dan emel juga dibuat berdasarkan nombor telefon bimbit beserta alamat emel yang dikemaskini semasa permohonan kemasukan ke IPT.
WPP boleh ditunaikan oleh pelajar di mana-mana kaunter Bank Islam dengan membawa dokumen berikut:
- Surat tawaran WPP yang dicetak daripada portal rasmi PTPTN www.ptptn.gov.my;
MyKad pelajar (Wakil adalah tidak dibenarkan)
WPP boleh ditunaikan dalam tempoh dua (2) bulan daripada tarikh surat tawaran WPP.
Contoh:
- Tarikh Surat Tawaran WPP: 27 Ogos 2019.
- Tempoh Surat Tawaran WPP Ditunaikan: Mulai 27 Ogos 2019 hingga 27 Oktober 2019.
Tiada. Pertimbangan pemberian WPP hanya diberikan kepada penjaga pelajar/ pelajar yang menerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) sahaja.
Tidak. WPP merupakan sebahagian daripada pinjaman yang diberikan sebagai pendahuluan sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPT. Pemotongan sebanyak RM500.00 setiap semester daripada jumlah pinjaman PTPTN akan dibuat secara automatik apabila pinjaman diluluskan.
Situasi yang tidak membenarkan pelajar menunaikan WPP adalah seperti berikut:
- Pelajar tidak meneruskan pengajian di IPT yang ditawarkan.
- Pelajar tidak meneruskan pengajian di dalam kursus yang ditawarkan.
Sekiranya WPP tersebut telah ditunaikan, pelajar dikehendaki membayar balik jumlah tersebut dalam tempoh lapan (8) bulan daripada tarikh tamat waran. Ta’widh sebanyak 1% setahun akan dikenakan ke atas baki yang belum dijelaskan mulai bulan ke 9 dari tarikh tamat waran.
Dokumen yang perlu disertakan sekiranya kehilangan MyKad adalah Kad Pengenalan Sementara yang dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Tidak boleh. Pelajar dikehendaki mencetak semula surat tawaran WPP baharu dan memastikan maklumat Nombor Kad Pengenalan/ Nombor Waran adalah lengkap.
Boleh tetapi pelajar perlu sertakan dokumen sokongan lain seperti lesen memandu, sijil lahir atau surat tawaran ke IPT
Boleh. Pelajar dikehendaki menunaikan WPP terlebih dahulu dan seterusnya mengisi borang deposit ke akaun simpanan.
Rayuan Pertambahan Jumlah
Pinjaman Pendidikan
Jumlah pinjaman ditentukan berdasarkan pendapatan bersih isi rumah penjaga seperti di bawah:
JUMLAH PINJAMAN | KELAYAKAN |
---|---|
Maksimum | Sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) |
75% daripada pinjaman maksimum | Pendapatan keluarga tidak melebihi RM8,000 (tiada dalam data BSHR) |
50% daripada pinjaman maksimum | Pendapatan keluarga melebihi RM8,000 (tiada dalam data BSHR) |
Rayuan pinjaman kategori maksimum hanya dipertimbangkan sekiranya pelajar atau penjaga pelajar disenaraikan sebagai penerima Bantuan Sara Hidup Rakyat (BSHR) pada tahun semasa permohonan PTPTN diluluskan.
Tidak boleh. Jumlah pinjaman kategori maksima adalah jumlah tertinggi yang diberikan oleh PTPTN kepada mana-mana pelajar yang layak. Pelajar dinasihatkan untuk mendapatkan pinjaman daripada badan penaja yang lain sekiranya jumlah pinjaman yang diberikan masih tidak mencukupi tertakluk kepada polisi dan peraturan badan penaja tersebut.
Dokumen Perjanjian Pinjaman Pendidikan
Pengemaskinian maklumat butiran diri boleh dibuat melalui Borang Perubahan Maklumat Pelanggan yang boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN.
Semua maklumat yang dicetak dalam dokumen tawaran pinjaman pendidikan adalah berdasarkan pengisian permohonan oleh pelajar. Sekiranya pindaan melibatkan ejaan Nama, Alamat, Nama Bank dan No Akaun, pengemaskinian boleh dibuat melalui Borang Perubahan Maklumat Pelanggan yang boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN. Bagi pindaan yang melibatkan maklumat pengajian seperti Nama IPT, Nama Program, Tempoh Pengajian dan lain-lain, anda perlu membatalkan tawaran berkenaan dan mengemukakan semula permohonan baharu dengan memastikan maklumat yang diisi adalah betul.
Anda boleh hadir di mana-mana cawangan PTPTN dengan mengemukakan Borang Permohonan Salinan Dokumen Perjanjian Pinjaman PTPTN yang diperolehi daripada Portal Rasmi PTPTN.
Anda perlu mengemukakan Borang Permohonan Dokumen Perjanjian Pinjaman (Asal) Yang Tidak Dituntut yang boleh didapati di Portal Rasmi PTPTN bersama-sama sampul Pos Ekspres bersaiz A4 dengan menulis nama dan alamat sendiri serta poskan ke PTPTN.
Boleh. Wakil anda perlu mengisi Borang Permohonan Dokumen Perjanjian Pinjaman (Asal) Yang Tidak Dituntut di Portal Rasmi PTPTN.
Pengeluaran dan Pembatalan
Pinjaman Pendidikan
Wang pinjaman akan dikreditkan dalam tempoh 21 hari bekerja daripada tarikh penerimaan dokumen yang lengkap.
Jumlah pinjaman yang diterima pada setiap semester telah dibuat potongan perlindungan takaful dan WPP (sekiranya telah menunaikan WPP).
Pengeluaran pinjaman bagi semester berikutnya adalah berdasarkan syarat-syarat berikut:
- Masih aktif meneruskan pengajian pada peringkat, jurusan dan IPT yang diluluskan;
Lulus peperiksaan pada semester sebelumnya dengan keputusan Purata Nilai Gred (PNG)/ Gred Point Average (GPA) 2.0 ke atas.
Tidak. Bayaran balik pinjaman adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang diterima termasuk upah yang dikenakan.
Tidak layak. Pengeluaran pinjaman pendidikan akan dikeluarkan setakat tempoh anda menamatkan pengajian samada lebih awal atau mengikut tempoh pengajian lazim. Bayaran balik pinjaman adalah berdasarkan jumlah pinjaman yang diterima termasuk upah yang dikenakan.
Tidak boleh. Pengeluaran pinjaman pendidikan dikreditkan terus ke akaun persendirian pelajar sahaja.
Peminjam perlu mengisi Borang Pembatalan Pinjaman yang boleh diperolehi menerusi Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP)/ kaunter PTPTN/ Portal Rasmi PTPTN beserta surat permohonan rasmi pembatalan pinjaman pendidikan.Bagi peminjam yang menerima penaja lain, sila sertakan bersama salinan surat tawaran daripada penaja berkenaan.
Peminjam perlu mengemukakan surat permohonan rasmi untuk mendapatkan surat pelepasan bersyarat tersebut.
Boleh, sekiranya peminjam telah menyelesaikan pinjaman terdahulu pada peringkat pengajian yang sama. Namun, pinjaman kali kedua untuk peringkat pengajian yang lebih tinggi akan dipertimbangkan walaupun pinjaman terdahulu belum diselesaikan.
Tawaran Pinjaman Pendidikan
Serahan dokumen tawaran hendaklah dibuat di IPT masing-masing atau mana-mana pejabat cawangan PTPTN yang berdekatan dalam tempoh 14 hari daripada tarikh kelulusan.
Syarat pinjaman kali kedua adalah seperti berikut:
- Melanjutkan pengajian di peringkat lebih tinggi daripada pinjaman terdahulu sahaja; dan
Bagi pelajar yang menyambung pengajian di peringkat yang sama atau lebih rendah daripada pinjaman terdahulu hanya dipertimbangkan selepas pelajar menyelesaikan jumlah keseluruhan hutang terdahulu (termasuk apa-apa kos yang ditentukan oleh PTPTN).
Permohonan Pinjaman Pendidikan
Tidak boleh. Tempoh pinjaman pendidikan adalah berdasarkan kepada tempoh program pengajian diluluskan oleh JPT, KPT. Tempoh pinjaman pendidikan diluluskan merujuk kepada semester semasa permohonan dibuat. Sekiranya anda memohon pada semester kedua, pinjaman pendidikan akan diluluskan mulai semester kedua hingga tamat tempoh pengajian lazim anda.
Tidak boleh. Pinjaman pendidikan kali kedua hanya akan dipertimbangkan kepada pelajar-pelajar yang meneruskan pengajian ke peringkat lebih tinggi.
Boleh, dengan syarat anda telah menyelesaikan sepenuhnya jumlah pinjaman pendidikan yang telah diterima sebelum ini (jumlah keseluruhan pinjaman yang perlu diselesaikan adalah tertakluk kepada pengesahan daripada PTPTN).
Anda tidak perlu menyelesaikan hutang pinjaman terdahulu sekiranya melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi daripada pinjaman terdahulu. Bayaran balik hutang pinjaman terdahulu boleh ditangguhkan sehingga selesai pengajian baharu.
Tidak boleh. PTPTN hanya menyediakan pinjaman pendidikan kepada pelajar-pelajar yang mengikuti pengajian di peringkat Sarjana/ Doktor Falsafah (PhD) Kursus Profesional di Universiti Awam sahaja.
Ya, anda layak memohon sekiranya mengikuti pengajian separuh masa di Universiti Awam dan Politeknik. Bagi pengajian di IPTS, pinjaman PTPTN hanya disediakan di IPT berikut:
- Universiti Terbuka Malaysia (OUM)
- Universiti Terbuka Wawasan
- Asia E Universiti
- Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR)
- Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak)
Ya, jika anda mengikuti pengajian di:
- Universiti Multimedia (MMU)
- Universiti Tenaga Nasional (UNITEN)
- Universiti Teknologi Petronas (UTP)
- Universiti Antarabangsa UNITAR (UNITAR)
- Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak)
Boleh. Walau bagaimanapun, PTPTN hanya memberi pinjaman pendidikan bagi tempoh pengajian yang diikuti di dalam negara sahaja.